Halaman

Selasa, 1 Jun 2010

Jaga 7 Sunnah Rasul

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya
yan g sesaat, yan g sekejap untuk hidup yan g panjang. Hidup bukan untuk hidup,
tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah
untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan
mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita
dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah
kematian dengan penuh ketakwaan.



Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah
Nabi SAW itu adalah:



Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada
tahajjudnya.



Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya
mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.



Ketiga: jangan tinggalkan m as jid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke m as
jid, kerana m as jid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin
tetapi panggilan Allah yan g mencari orang b eriman untuk memakmurkan m as jid
Allah.



Keempat: jaga solat dhuha, kerana
kunci rezeki terletak pada solat dhuha.



Kelima: jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yan g suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan
kepada orang yan g bersedekah setiap hari.



Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana
Allah menya yan gi hamba yan g berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,
"Orang yan g selalu berwudhu senanti as a ia akan mer as a selalu solat
walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni
dosa dan sa yan gi dia ya Allah".



Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar m as alah yan g terjadi kerana dosa kita akan
dijauhkan oleh Allah.



Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka
kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada
penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir
juga merupakan makanan rohani yan g paling bergizi, dan dengan zikir berbagai
kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yan g
berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Hakikat HARTA: apa yan g dimakan akan habis, apa yan g dipakai akan lusuh, apa
yan g disedekahkan sahaja akan menjadi bekalan di hari kemudian nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan