Halaman

Rabu, 7 April 2010

-ANAKKU SAYANG-

Kali pertama mendengar tangismu
ibu menangis bahagia
ayah menangis lalu bersyukur pada-NYA
kerana kaulah anugerah teristimewa

Duhai permata hati
kami bersyukur memilikimu
kaulah harta tak ternilai berbanding seisi dunia

Anakku sayang
tika sepi malam menakutkanmu
kami sentiasa ada di sisi
tika siang menyilaukan matamu
kami sentiasa ingin melindungi
kini kau mahu melangkah jauh
mengejar impian dan cita-cita
meskipun terdetik rasa sayu
namun, doa restu kami tetap mengiring

Dengarla buah hatiku sayang...
hidup ini banyak fitnahnya
dunia ini penuh tipu daya
pilihlah jalan lurus yang sering kami ajari
mudah-mudahan anakku
kau akan dinaungi anugerah terindah
anugerah syurgawi-NYA


Hasil Nukilan : Ruhana Zaki (Kasihmu Semerbak Firdausi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan