Halaman

Rabu, 7 April 2010

12 Kelompok umat di Padang Mahsyar



Saja nak berkongsi dengan semua sahabat2.... Sebagai umat Islam kita perlu tahu dan yakin

bahawa kiamat itu pasti tiba...Dan terdapat gambaran 12 kelompok umat di Padang Mahsyar nanti... Mari kita sama2 muhasabah diri kita sebagai umat Islam...
Golongan itu adalah :
  • Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yg ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
  • Dibangkitkan dalam keadaan berbentuk babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.
  • Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan didalam nya penuh ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
  • Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka menipu.
  • Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.
  • Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
  • Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
  • Dibangkitkan dari kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua-dua kakinya di atas kepala dan faraj nya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
  • Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitan tetapi matanya biru dan dan perut nya dipenuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
  • Dbangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.
  • Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidah nya sampai ke perut manakala perut nya pula menjulur sehingga ke paha dengan perut nya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya mereka gemar meminum arak.
  • bagaimanapun, bagi kelompok yang ke 12, mereka dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi 'sirat' (titian) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktu dengan berjemaah..
ENAM PERKARA :

Rasulullah SAW turut bersabda : "Jaminlah untukmu enam perkara, maka aku akan menjamin untukmu syurga"

  1. Kalau bercakap, cakapla yang benar.
  2. Kalau berjanji, tepatila janji.
  3. Kalau di beri amanat, tunaikan dengan baik.
  4. Pejamkan mata mu darpada yang di haramkan.
  5. Peliharalah farajmu daripada hubungan seksual yang diharamkan.
  6. Peliharalah sepak terajangmu daripada tindakan yang diharamkan.

JADI MARILA SAMA-SAMA KITA MENJAGA AMAL IBADAH KITA DAN JUGA BERSYUKURLA KERANA KITA MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH DAN BERTAUBAT...
SESUNGGUH NYA ALLAH SWT ITU MAHA PENGAMPUN... amin....

1 ulasan:

  1. semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi...

    BalasPadam